Jauh dekat, serata benua
Ilmu dituntut penuhi dada
Bersama manfaat, jangan disia
Ada tambahan, kongsi bersama
Suka duka ketika bersama
Bertemu berpisah adat biasa
Memori bersama tidak dilupa
Diizin Allah, kan bertemu jua
Hitam putih, tak kira usia
Dari Jepun ke serata dunia
Atas Islam kita bersaudara
MUSLIM, Bukan Kerna Nama!
Ingin berkongsi pandangan, pendapat, pengalaman, suka duka, kenangan….
Ingin bersama-sama mengeratkan ukhuwah….
Ingin bertanya… teruskan perbincangan…
Ruangan ini untuk anda semua!!


Syukur, segala puji hanya bagi Allah SWT, website ini banyak membantu untuk me-refresh-kan kembali bukan sahaja ilmu-ilmu yang ditimba, malah kenangan bersama sahabat-sahabat yang menghadiri program Summer Camp 2008.
Kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembinaan website ini, ana hulurkan jutaan terima kasih. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memberkati segala gerak kerja kita selama ini.
Sehingga bertemu lagi di program-program yang akan datang. Selamat memberi dan menerima serta mengamalkannya.
Jazakumullahhu khairan jaza’.
Amiin, semoga Allah merahmati dan memberkati hidup ainohikari, kami dan semua sahabat di luar sana.
Alhamdulillah… semoga usaha yang sedikit ini, memberi banyak manfaat kepada semua… Panjang-panjangkan..sebar-sebarkan…
Jumpa lagi ek!
Semoga kesinambungan dari Summercamp yang lepas berterusan. Ameen
Winter 2008 sedang hangat dipromosikan.
p/s:
Cadangan saya untuk laman ini, kalau boleh, biar pengisian ustaz (video) yang didahulukan berbanding kata-kata aluan dan pengenalan. Kerana saya berpendapat, biasanya kecenderungan pelawat pertama kali mengklik entri terkini lebih tinggi daripada scroll ke entri lama.
Sekadar cadangan saja, kerana blog ini seperti tidak hidup. Sayang kalau biar berkubur.
Betul tu. Sayang sangat kalau berkubur. Terima kasih ya atas cadangan. Terus diusahakan
Alhamdulillah dan terima kasih kepada IPIJ sebab dapat berkongsi rakaman video dari slot-slot program summercamp bukan kerna nama ni.
Memang sangat menarik dan bermotivasi apa yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal.
Saya nak download video2 yang ada dalam ni. Boleh?
Sama-sama
Sila-sila, download je… dan sebar-sebarkan ye…