Fondisi
Published December 1, 2008 Kuliah Dasar 1 CommentTags: abusaif, bukan kerna nama, fathi yakan, fondisi, hidup mati, ikatan persaudaraan islam jepun, IPIJ, jepun, khalifah, manusia, matlamat, maza yakni, mukadimah, saifulislam, summercamp, tujuan hidup, ustaz hasrizal
Muslim Pada ‘Aqidah
Published November 30, 2008 Kuliah Dasar 2 CommentsTags: abusaif, al-quran, aqidah, bukan kerna nama, fathi yakan, input-proses-output, IPIJ, islam, maza yakni, muhasabah, muslim, saifulislam, summercamp, ustaz hasrizal, zikir dan fikir
Muslim Pada ‘Ibadah
Published November 29, 2008 Kuliah Dasar Leave a CommentTags: abusaif, bukan kerna nama, fathi yakan, ibadah, ilmu, input-proses-output, IPIJ, islam, maza yakni, muslim, puasa, saifulislam, sembahyang, solat, summercamp, ustaz hasrizal
Muslim Pada Akhlak
Published November 28, 2008 Kuliah Dasar Leave a CommentTags: abusaif, akhlak, akhlaq, bukan kerna nama, etika, fathi yakan, input-proses-output, IPIJ, islam, kelakuan, maza yakni, moral, mulia, muslim, summercamp
Muslim Dari Aspek Keluarga
Published November 27, 2008 Kuliah Dasar 1 CommentTags: abusaif, aku terima nikahnya, famili, fathi yakan, IPIJ, islam, kahwin, kasih sayang, keluarga, maza yakni, memberi, menerima, muslim, perkahwinan, summercamp, tanggungjawab, ustaz hasrizal
Paradigma Dakwah
Published November 25, 2008 Kursus Peningkatan Kefahaman Leave a CommentTags: abusaif, anjakan paradigma, dakwah, erti hidup pada memberi, ikatan persaudaraan islam jepun, inside-out, IPIJ, islam, jemaah, kepentingan, outside-in, paradigma dakwah, saifulislam, seruan, summercamp, teknik, ukhuwwah, usrah, ustaz hasriza
Dari Meja Pengarah Summercamp IPIJ 2008 BUKAN KERNA NAMA
Published October 14, 2008 bukan kerna nama Leave a CommentTags: about, bukan kerna nama, ikatan persaudaraan islam jepun, IPIJ, kata-kata aluan, pengarah, summercamp
Assalamu’alaikum warahmatullah
Segala Puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, Tuhan yang mengatur segala gerak dan kejadian, Tuhan yang mengetahui akan segala sesuatu, bahkan dapat menyingkap perkara-perkara yang terlintas dalam diri dan gerak-geri hati, dan segala rahsia yang disembunyikan; iaitu dengan ilmuNya yang Qadim Azali yang Dia masih bersifat dengannya di dalam Azalil-Azali. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam, para sahabat yang mulia yang meneruskan mata rantai perjuangan Rasul, para Tabiin yang teguh mendokong risalah Islam dan para pejuang Islam seantero dunia.
Marilah bersama-sama kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana limpah rahmat dan kurnia-Nya, kita diberikan ruang dan peluang untuk bertemu di dalam program tahunan IPIJ Summer Camp 2008. Semoga kurniaan rezekiNya tidak melekakan kita dalam menempuhi perjalanan hidup ini dan didoakan agar kita diberikan rahmat dan kasih daripada Alah serta digolongkan sebagai insan soleh di dunia dan di akhirat.
Allah s.w.t. berfirman,
“ Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mentauhid dan mematuhi perintah) Allah s.w.t. dan dia sendiri mengerjakan amal soleh sambil berkata, “Sesungguhnya, aku adalah daripada kalangan orang Islam (yang benar-benar berserah kepada Allah).”
(al-Fussilat:33)
Para mufassir menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang menyeru manusia kepada Allah s.w.t. dengan apa-apa cara sekalipun maka dia berhak mendapat berita gembira dan penghormatan yang tersebut. Misalnya para Nabi a.s. menyeru dengan mukjizat dan sebagainya, para ulama dengan dalil dan hujah, para mujahid dengan pedang dan para muazzin dengan azan. Ringkasnya, sesiapa sahaja yang mengajak manusia kepada kebaikan maka dia termasuk dalam ayat ini.
Para mufassir juga menulis bahawa ayat “innani minalmuslimin” menunjukkan bahawa seseorang penganut Islam harus berbangga menjadi umat Islam dan dia harus berasa bahawa Islamlah asbab kemuliaannya. Dia harus menyebut dengan bangga keistimewaan dan kemuliaan yang telah didapati melalui Islam.
Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata,
“Kita adalah satu golongan yang Allah muliakan dengan Islam. Apabila kita mencari kemuliaan dengan cara hidup yang lain daripada Islam, Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kita.”
Jadi, daripada firman Allah dan kata-kata saidina Umar itu, patutlah kita sedar dan yakin bahawa hanya dengan menggabungan diri dengan Islam akan memastikan kita dimuliakan serta berjaya di dunia dan di akhirat. Maka, atas maksud itu, kami di sini dengan rasa rendah diri menyediakan slot-slot pengisian dan menjemput Ustaz Hasrizal bagi menolong kita menjadi seorang Muslim dalam setiap segi dalam erti kata yang sebenarnya. Ketahuilah penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah secara warisan, bukan secara hobi malah ia juga bukan penggabungan secara zahir sahaja. Sebenarnya penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam serta menyesuaikan diri dengan Islam di segenap bidang kehidupan dengan penuh kerelaan.
Akhir kata, sentiasalah tanamkan dalam diri niat ingin belajar supaya kita dijauhi sifat riak dan takabbur. Semoga dalam mencari ilmu Allah ini, kita dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat lain yang datang ke program dan kita dapat menghasilkan satu ikatan yang kukuh dan jitu dalam persaudaraan Islam kita.
Wassalam.



Recent Comments